Aktiviti penulis ini kebanyakan dilakukan bagi menyiapkan tugasan untuk BBM 3410 iaitu kursus Bahasa dalam Multimedia.
|
BBM3410 (Bidasari Unnie) Video Tanpa Wajah: Cerita Aku dan Beg.Video ini pula merupakan video ketiga yang telah diamanahkan kepada kami. Tajuk video ini ialah video tanpa wajah. Pada mulanya pembikinan video ini, ia mendatangkan banyak masalah kepada kumpulan kami. Antaranya ialah dalam memilih serta mencari idea untuk dijadikan subjek utama dalam video ini memandangkan kami tidak boleh mempamerkan wajah sendiri. Ia agak merumitkan, namun semua perkara ini dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan ahli kumpulan. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi bagi menyiapkan tugasan ini.
Setelah siap perbincangan dilakukan, kumpulan saya memilih beg sebagai subjek utama. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut jalan cerita bagi video tanpa wajah kami, rajin-rajinkanlah membuka video disebelah. |
BBM3410 (Bidasari Unnie)Video Seram : Tragedi.Video seram merupakan video kedua yang perlu dilakukan oleh kami. Jalan cerita bagi video ini adalah ciptaan dari kumpulan kami sendiri tanpa menciplak dari mana-mana sumber. Semuanya bergantung kepada kreativiti setiap ahli kumpulan. Video ini memakan masa lebih kurang tiga hari bagi menyiapkannya termasuklah bahagian menyunting video.
Kami diberi pilihan sama ada ingin melakukan video seram yang berunsur hantu atau pembunuhan. Cuma apa yang dipentingkan ialah unsur-unsur seram itu mesti dimasukkan dalam video ini. Pelakon-pelakon bagi video ini terdiri dari ahli kumpulan saya sendiri iaitu Anie, Hanim, Mira, Hanim dan Ika. |
|
|
Kalendar 2014.Tugasan membuat kalendar 2014 merupakan salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus BBM3410 Bahasa dalam Multimedia. Tugasan ini perlu disiapkan oleh setiap pelajar. Kalendar ini mestilah menggunakan perisian photoshop bagi meyunting serta menghasilkan kalendar. Bagi tugasan ini, setiap pelajar bebas menggunakan gambar untuk diletakkan di dalam kalendar. Bagi menyiapkan tugasan ini memakan masa yang lama berikutan dengan kerjannya yang memerlukan satu penelitian yang lebih. Kerja yang dihasilkan oleh setiap pelajar perlulah teliti dan kemas bagi menghasilkan sebuah kalendar yang menarik.
Bersama tugasan kalendar, kami juga dibekalkan dengan tugasan mencipta poster sendiri. Poster yang dicipta bergantung kepada kreativiti indiviti. Pelajar diminta untuk menghasilkan tiga poster yang membawa tema yang berlainan. Namun, hanya satu poster yang terbaik sahaja akan di cetak dan dihantar kepada pensyarah. |
Jom Jadi Artis Youtube.Ini merupakan video yang perlu dilakukan bagi memenuhi tugasan untuk kursus BBM 3410 (Bahasa dalam Multimedia)
Dalam tugasan ini, kami yang terdiri daripada Ani, Mira, Hanim, Abil dan saya sendiri perlu menari dan menyanyi lagu yang telah menjadi pilihan. Proses pembikinan video ini banyak mengajar saya dengan ilmu baru terutamanya ilmu yang berkaitan dengan teknologi. Disamping itu juga, saya berpeluang mempelajari ilmu tentang kehidupan. Terima Kasih Dr. Notts kerana memberi saya peluang untuk merasai pengalaman berharga ini. |
|