Halaman ini menyediakan satu bentuk hiburan yang boleh dikongsi bersama pembaca. Pembaca boleh mendapatkan manfaat atau info-info melalui cerita pendek yang telah disediakan oleh pengarang. Semoga terhibur.
Aku Lapar.
_
FATIN memandang dirinya ke arah cermin. Wajah Fatin cemberut melihat susuk tubunya itu. Rasanya dia tidak menelan secebis makanan pun tadi. Kenapa dia masih nampak berisi. Pastinya dia tidak dapat memakai blaus yang baru dibelinya itu. Fatin merengus kecil. Dia capai pil yang yang dibeli dari sebuah agensi melangsingan badan itu. Pembohong punya pil. Fatin hempaskan botol pil tersebut di atas lantai. Dia duduk di birai katil. Air matanya berlinangan. Dia tidak sanggup diejek oleh teman-temannya lagi. Pelbagai cara dia gunakan untuk menguruskan berat badannya.Sebelum ini Fatin bertubuh gempal dan sering disisihkan oleh teman-teman sekuliah yang cantik dan bertubuh langsing. Dia terpaksa berusaha menguruskan badan atas cabaran teman-temannya. Dia juga mahu cantik seperti mereka biarpun teman lelakinya, Syah menegah. Syah mengatakan dia sudah cantik dan tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan geng gadis kurus melidi itu. Syah tidak mengerti akan perasaannya. Syah lelaki dan dia antara lelaki idaman gadis di universiti. Namun lelaki idaman gadis itu memilih gadis gempal sepertinya sebagai teman wanita. Dia menjadi mangsa buli kerana peminat-peminat Syah. Mereka mengatakan dia tidak sepadan Syah Adiputra yang segak dan kacak itu. Malah mereka memberikan amaran agar dia memutuskan perhubungan dengan Syah. Hal tersebut diadukan kepada Syah. Syah menyuruh dia tidak ambil peduli dengan kata-kata gadis cantik itu. “Ya Allah! Apa ni Fatin?” tegur Juliza yang baru pulang dari kelas kuliah. Teman sebilik Fatin itu gelengkan kepala. Fatin terlalu obsess dengan ubat kurus. Dia sudah letih menasihati teman baiknya itu. Fatin tetap berdegil.
“Aku nak ponteng kuliah esok.” suara Fatin. Dia tekad tidak akan ke kuliah dalam keadaan tubuhnya begini.
“Aku tidak nampak di mana lemak pada tubuh kau Fatin. Kau sudah cukup kurus tau! Takut aku tengok tubuh kau yang sudah kering begini. Macam hantu tulang!” gerutu Juliza. Dia lebih suka Fatin yang dulu. Fatin yang tidak perlu menyeksakan diri untuk menguruskan badan.
Fatin mencebik bibir. Itu kata Juliza. Dia tetap merasakan diri masih berisi. Dia masih tembam!
“Kalau aku kurus pastinya aku sudah muat pakai blaus yang baru aku beli itu. Syah pun takkan menjauhkan diri dari aku.” getus Fatin.
Juliza gelengkan kepala. Syah menjauhkan diri kerana sikap kau sendiri Fatin. Kau begitu bodoh kerana buat lelaki begitu baik pada kau begitu. Syah sayangkan kau! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Juliza.
“Kau sudah makan?” soal Juliza. Dia cuba mengalih topik perbualan mereka.
“Kau tak tahu ke yang aku diet.” marah Fatin.
Diet lagi. Setahu dia Fatin tidak ambil sarapan pagi mahupun makanan tengahari. Adakalanya diet Fatin itu melampui batas.
******
MALAM itu Fatin mengaduh sakit perut. Juliza jadi tentu arah. Dia suruh Fatin, temannya itu mahu. Juliza tiada cara lain selain menggesa Fatin makan. Juliza meminta bantuan Syah untuk membelikan Fatin sebungkus nasi. Mujur saja Syah sedia menghulurkan pertolongan. Fatin seperti hantu yang kelaparan. Dia makan dengan gelojoh. Lapar! Dia terlalu lapar. Satu bungkus nasi di habiskan namun beberapa minit kemudian dia luah makanannya kembali. Inilah natijahnya. Makanan pun sudah tidak mahu masuk ke perut Fatin.
Juliza dan Syah saling berpandangan melihat keadaan Fatin. Mereka terpaksa membawa Fatin ke hospital. Fatin di bawa ke unit rawatan rapi. Dan Fatin telah disahkan mengidap penyakit Anorexia Nervosa. Menurut kata doktor yang merawat Fatin, penderita Anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual. Fatin perlu mendapatkan rawatan sewajarnya untuk memulihkan kembali keadaannya. Fatin membantah keras. Dia berdegil dan tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital. Puas Juliza dan Syah memujuk tetapi sia-sia. Mereka mati akal. Keadaan Fatin sudah berada tahap yang memerbahaya. Keesokan harinya Fatin ditemui mati dalam biliknya. Juliza yang berada di kampung dikhabarkan dengan berita buruk itu. Juliza tergesa-gesa pulang ke kampung kerana ibunya sakit. Dia tumpang simpati atas apa yang menimpa Fatin. Kesal kerana Fatin terus berdegil hingga dia menyebabkan kematiannya sendiri. Juliza berdoa semoga roh Fatin dicucuri rahmat. Tiga bulan kemudian…
HANI meletakkan beg pakaiannya di atas katil. Akhirnya dapat juga dia bilik setelah dua bulan duduk di luar kampus. Dia menarik nafas panjang. Nampaknya hanya dia seorang saja yang menjadi penghuni bilik ini. Teman sebiliknya sudah meminta pertukaran dengan bilik yang lain. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia ada dengar khabar angin yang mengatakan bilik ini berpenunggu. Hani bukan percaya sangat dengan cerita-cerita mengarut. Lagipun dia tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik ini. Bilik yang bersih dan menenangkan. Perut pun sudah berlagu. Hani bingkas bangun dari katil. Dia perlu keluar untuk mengisi perutnya. Hani mengunci pintu bilik lalu mengaturkan langkah dengan senyuman di bibir.
Ada bayang-bayang seorang gadis muncul di bilik itu. Wajah yang cengkung dan sangat pucat.
“A…a…aku….la…la..lapar….” Matanya yang menghala pada tin biskut yang berada di atas meja itu. Gadis berambut panjang itu melahap biskut di dalam tin tersebut.
Hani menyeluk kocek seluar jeansnya. Alamak! Dia tertinggal beg duit pula. Hani berpatah semula. Kunci pintunya di keluarkan. Dian memulas tombol pintu. Mata Hani terbeliak besar melihat tin biskut sudah terbuka. Plastik-plastik biskut berselerakkan atas lantai. Terkedu Hani. Siapa pula yang menceroboh biliknya itu?
Hani paling benci jika barang-barangnya diusik. Ini mesti kerja budak senior. Hal tersebut diadukan kepada Juliza salah seorang senior yang pernah duduk di bilik itu dulu. Juliza sudah berpindah di luar menyewa rumah bersama teman lain.
Berkerut dahi Juliza apabila mendengar aduan dari Hani itu. Lebih mengejutkan kerana Hani duduk seorang di dalam bilik tersebut. Juliza tidak sedap hati.
“Kak Liz rasa ada baiknya Hani minta tukar ke bilik lain…”
“Kenapa pula? Lagipun bilik semua dah penuh. Bilik tu saja yang kosong.”
“Pindah ke rumah sewa Kak Liz.” Pelawa Juliza
“Jauhlah nak ke kuliah. Hani bukannya ada kenderaan.” Hani mengeluh.
“Hani boleh minta Abang Syah hantar.”
“Tak mahulah susahkan dia. Kak Liz pun tahu perangai Hani macam mana?”
“Syah tu lagi suka kalau awek cute dia ni menyusahkan dia.”
Merah muka Hani. Hani mengenali Syah ketika sesi suai kenal pelajar junior dan senior. Hani tahu Syah sebelum ini ada pernah kekasih. Bukan orang lain tetapi kawan baik pada Juliza sendiri. Juliza beritahu kekasihnya itu meninggal dunia sebab sakit. Hani ada juga mendengar khabar angin mengatakan kekasih Syah meninggal akibat diet terlampau. Hani mendekati Syah sebagai seorang teman untuk berbicara mana tahu Syah bukakan pintu hatinya untuk Hani.
“Tidak mengapalah Kak Liz. Lagipun lagi senang Hani duduk di asrama kampus. Hani ni kena berjimat-cermat juga.”
“Erm…jika ada apa-apa yang tak kena nanti Hani terus keluar dan pindah ya.” Juliza menepuk lembut bahu Hani.
Hani mengangguk laju.
****
HANI menelaah buku hingga larut malam. Hani menguap kecil. Dia mencari tin biskut yang baharu dibelinya siang tadi. Biasalah bila malam begini perut mula berkeroncong. Hani bukan jenis yang suka berdiet. Lagipun beratnya tidak jua naik walau dia makan banyak. Sudah sejak azali tubuh kurus begini. Kurus bukan jenis jerangkung ya. Sedang enak dia mengunyah biskut Hani tersentak apabila ada bayangan manusia melintasi pada tingkap biliknya itu. Dia mengosok-gosokkan mata. Mungkin perasaan dia sahaja. Hani buat tidak endah. Matanya kian berat. Pelik kerana dia jarang rasa cepat mengantuk ketika mengulang-kaji. Hani sudah tidak sanggup menghadap buku di meja tulis itu lagi. Dia bangun dan baring di atas tilam. Selimut ditarik ke muka. Bayangan seorang gadis mendekati Hani. Gadis itu menyuakan wajah pada Hani yang sudah berbungkus itu. Air liur meleleh-leleh dari mulut. Hani meliat kecil. Nasib baik hari ini dia ‘cuti’ umum. Bolehlah dia bangun lewat sikit dari kebiasaan. Hani turun dari katil. Baharu ingin membuat senaman ringan Hani sudah menjerit kecil. Bersepah-sepah plastik biskut di atas lantai. Tin biskutnya juga terbuka dan sudah kosong. Dia mengetap bibir. Ini pasti kerja ‘Mak Siti’ (tikus). Habis stok biskut dia untuk bulan ini.
Perkara itu Hani adukan kepada Syah dan Juliza. Kedua saling berpandangan. Apa yang mereka jangkakan sudah berlaku. Mungkin ada baiknya mereka memaksa Hani berpindah keluar dari bilik tersebut.
“Hani…Kak Liz rasa baik kau keluar dari bilik itu. Kak Liz bukan apa rasa…” Juliza tidak meneruskan kata setelah melihat jelingan mata Syah. Dia tahu yang Syah tidak mahu Hani ditakutkan dengan cerita tersebut.
“Ala…Hani selesa dengan bilik tu. Lagipun best duduk bilik itu seorang. Kak Liz kenapa asyik suruh Hani pindah saja? ” Hani mencebik. Juliza mengerling Syah. Syah menarik nafas kecil.
“Hani…Abang Syah rasa baik Hani keluar dari bilik tu ikut saranan dari Kak Liz.”
“Tapi kenapa?” Berkerut tandan dahi Hani.
“Abang Syah bukan mahu menakutkan Hani. Bilik tu ada penghuni lain…”
“Penghuni lain? Bukan ke Hani yang duduk seorang dalam tu.” Hani memuncungkan bibir.
“Hani dengar cakap Abang ya…”
“Kenapa?” Hani makin tidak faham. Mula Juliza mahu dia keluar dari bilik itu kini Syah pula.
“Hani jangan banyak soal. Pindah ke rumah kak Liz ya…” Syah memujuk lembut kekasih hatinya. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Hani. “Tak mahu!” Bentak Hani.
“Abang ambil berat tentang keselamatan hani. Masakan Hani tidak pernah dengar cerita pasal bilik tu.”
“Hani tidak nampak apa-apa yang pelik dalam bilik tu. Apa yang Hani tahu biskut Hani di makan oleh ‘Mak Siti’ Okaylah…Hani mahu masuk kelas.” Hani angkat punggung. Malaslah dia mahu melayan Syah dan Juliza. Buat sakit kepala sahaja mendengar kata mereka yang tiada sebab munasabah itu.
****
HANI agak lewat ke biliknya. Dia ada ‘study group’ bersama teman-temannya. Hani memulas tombol pintunya. Dahinya berkerut melihat lampu meja yang terpasang. Hani cuba memetik lampu dalam biliknya namun tidak menyala. Agaknya lampu kalimantan dalam bilik itu rosak. Hani mengeluh. Mujurlah ada lampu tersebut. Tidaklah dia bergelap malam ini. Hani. melepaskan ikatan rambutnya. Bau badan sudah melekit. Dia mahu mandi sebentar. Lantaklah mandi dalam gelap. Bukan selalu pun.
Hani memakai baju tidurnya dan terus baring atas tilam. Hilang rasa letihnya. Baru dia mahu melelapkan mata ada sesuatu bergerak-gerak di atas katil dua tingkat itu. Setahu Hani tiada penghuni lain dalam bilik itu selain dia maka tiada orang yang duduk di katil atas tersebut. Hani bingkas bangun. Hani cuba memasang telinganya. Bunyi orang sedang makanlah. Siapa pula yang berani mencerobohi biliknya ini? Hani mengetap bibir geram.
Tangannya meraba-raba mencari lampu suluh. Hani memanjat anak tangga katil dua tingkat itu.
“Hah! Aku dah tangkap kau!” Suaranya lantang. Dia halakan lampu suluhnya pada lembaga manusia tersebut.
Anak mata Hani membulat besar. Sangkaan makhluk itu adalah manusia. Wajahnya pucat kebiruan. Lidahnya terjelir panjang. Matanya berwarna merah dan hampir tersembul keluar. Air liur yang berbau busuk mengalir dari celahan mulutnya itu. Hani ingin menjerit namun suaranya seakan tidak keluar. “Aku laparrrrrr…aku nak makannnn…” Suara lembaga itu dengan suara tangisan mendayu-dayu. Dia menerpa ke arah Hani.
Lampu suluh di tangan Hani terlepas. Hani jatuh ke lantai. Kepalanya terhentak kuat. Dia cuba untuk bangun namun tubuhnya telah ditindih oleh lembaga itu. Hani sudah tidak berdaya apabila wajah lembaga itu mendekati wajahnya.
****
HANI ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Usus dan tali perutnya terkeluar seperti dimakan oleh sesuatu. Leher Hani lembam seperti ada kesan gigitan di situ. Syah bersedih atas musibah yang menimpa Hani. Juliza sudah memberikan peringatan kepada Hani namun gadis itu berdegil. Jika Hani mendengar kata pasti perkara ini tidak berlaku.Mereka percaya ‘benda’ yang membunuh Hani itu adalah hantu Fatin. Hantu kelaparan yang mencari mangsanya. Siapa pula yang bakl menjadi mangsa seterusnya….
“Laparrrr…aku laparrrrr…..aku nak makannnn…”
Oleh : Ilya Abdullah.

Kisah Cinta Seorang Cucu.
Aku memandu perlahan, melewati kawasan perumahan. Tiba-tiba di bawah redup pohon ketapang kelihatan seorang gadis manis menahan kereta kami. Yus tergamam dan aku juga berdegup deras jantung. Manakan tidak kerana gadis bak bidadari ingin menumpang kereta kami. Tak disangka di perumahan sebegini ujud gadis secantik ini.
Tanpa terasa kaki ku menekan berek dan berhenti dihadapan gadis manis yang keseorangan. Yus yang terkenal dengan ramahnya terus menyapa. ‘Ada apa yang bolih kami tolong’.
‘Memang saya sangat-sangat nak minta tolong kalau abang menuju kearah yang sama’. Sahut gadis tersebut yang terus memperkenalkan dirinya sebagai Leena.
‘Leena ….. ya sedap nama itu’. Respon spontan dari Yus.
‘Ya …. Leena Suparman’. Leena memperkenalkan dirinya lebih detail.
‘Kami nak ke Pusat Penyelidikan’. Aku pula bersuara.
‘Ooh! kalau begitu tentulah lalu di kawasan perumahan Bunga Raya’. Kata Leena.
‘Ya ….. Sahut ku.
Leena menghulurkan alamat tempat dituju. Dengan ringan tangan Yus menyambutnya.
‘Ini tak jadi masalah’. Kata Yus sambil menunjukkan alamat tersebut kepada ku.
Aku mengangguk saja meskipun aku tahu kawasan perumahan tersebut agak jauh dari jalan besar yang kami lalui.
‘Tak apalah…. abang simpan saja alamat itu’. Tambah Leena lagi.
‘Terima kasih kerana abang sanggup hantar’. Leena bersuara lagi sambil mengukir senyuman yang teramatlah manisnya.
Kemudian Leena meminta kami menunggu sebentar kerana nak mengambil sesuatu di rumahnya. Rumahnya kurang jelas kerana dilindungi pepohon rambutan yang sedang berbuah lebat.
Yus memandang aku sambil tersenyum. Aku diam sahaja. Hari semakin lewat petang.
Tanpa kami sedari Leena sudah berada berhampiran pintu kereta bersama seikat rambutan di tangan kanan dan beg pakaian di tangan kiri. Dalam hati aku berkata ini rambutan gula batu. Tentu manis semanis orangnya.
Turut serta seorang nenek di pimpin olih seorang kanak-kanak kecil berusia dalam lingkungan 7 tahun. Dalam hati aku berkata nenek dan cucunya ini mungkin nak mengucapkan selamat jalan kepada Leena.
‘Ini nenek saya namanya Bedah dan ini adik saya namanya Aiman’. Leena memperkenalkan.
‘Apa Khabar Nek, Aiman’. Dengan ramah mesranya Yus menyapa.
‘Alamat tadi ada pada abang ya..’. Leena inginkan kepastian.
‘Ya, ya …..’. Kata Yus.
‘Saya benar-benar nak minta tolong abang hantarkan nenek saya ke alamat tadi’.
‘Leena dan Aiman tak ikut’. Aku bersuara.
‘Tidak, saya besok dah nak balik ke KL dan Aiman pula besok sekolah’. Leena menerangkan keadaan.
‘Okey, tak apa, baiklah’. Kata Yus. Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu.
Aku pula tiba-tiba saja teringat bait-bait lagu ‘ Hati Hancur Bagai Debu ‘.
Sebelum kereta kami bergerak, Leena mengucapkan terima kasih yang teramat sangat dan budi baik kami Tuhan saja yang dapat membalas dan katanya lagi ‘ Rambutan tuu untuk abang berdua ‘. ‘ Manis ‘ tambahnya lagi.
Leena dan Aiman melambaikan tangan sehinggalah kereta kami tidak lagi kelihatan.
Dalam kereta kami tak banyak berbual. Masing-masing melayan perasaan. Nenek Bedah pula sudah tertidur.
Dari jalan besar kami menyusuri jalan ke Perumahan Bunga Raya.
‘ Yus, tolong tengokkan alamat tadi ‘. Aku bersuara.
Kata Yus sebagai Pemandu Arah. ‘ Masuk Kanan, jalan terus, belok kiri, terus ‘. Akhirnya kami sampai ke jalan mati.
‘ Yus, kita dah salah jalan ini ‘. Aku bersuara dengan nada yang sedikit tinggi. Nenek terjaga dari tidur dan bertanya ‘ Kenapa Nak ‘.
‘ Nenek, rumah yang kita nak pergi ini nenek tahu tak jalan apa ‘. Yus bertanya nenek.
‘ Kalau tak silap nenek, jalan tiga suku ‘. Jelas nenek.
‘ 3/4 lah tuu ya nek ‘. Aku mencelah.
‘ Tapi di sini Leena tulis jalan 3 1/4 ‘. Dengan nada kesal Yus berkata sambil menunjukkannya kepada ku.
Setelah puas mencari akhirnya kami sampai ke rumah yang hendak dituju.Ketibaan kami disambut meriah, penuh kesyukuran oleh keluarga Pak Abu. Iaitu bapa saudara Leena.
Pak Abu tak mampu nak mengambil ibunya di rumah Leena kerana kesukaran hendak bergerak disebabkan sakit Gout.
Kami dipelawa singgah. Kami sempat melawat Pak Abu sebentar. Kerana waktu hampir Maghrib kami mohon untuk terus saja kembali ke tempat penginapan di Pusat Penyelidikan. Sebelum itu terdengar kami deringan telefon di rumah Pak Abu kerana Leena inginkan kepastian mengenai ketibaan neneknya di rumah tersebut. Itulah cinta seorang cucu kepada neneknya.
Sebelum kami beredar isteri Pak Abu memberikan kami 4 biji buah durian. ‘ Ini durian klon. Manis dan kuning isinya ‘. Kata isteri Pak Abu sambil sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada kami.
Di tempat penginapan Yus menghulurkan buah rambutan kepada ku. ‘ Makanlah ‘. Kata Yus. Ku ambil sebiji, namun bagi ku tak terasa pun manisnya. Durian kami tinggalkan sahaja dalam kereta.
Besoknya semasa sarapan pagi, aku bertanya kepada Yus. ‘ Nampaknya semalam kamu tidur tak lena ‘.
‘ Bukan lenalah, tapi Leena ‘. Yus menjawab dengan seribu makna.
‘ Kamu pula rambutan yang Leena berikan tu manis tak…. Aku tengok sebiji sahaja yang kamu makan ‘.
Sindir Yus. Aku diam sahaja sambil melemparkan senyuman tawar.
Peristiwa yang berlaku sudah 30 tahun berlalu. Namun masih segar dalam ingatan. Apatah lagi Yus memberitahu aku bahawa anaknya yang mengikuti ‘Pengajian Perakaunan’ akan menghadiri Konvokesyen tidak lama lagi dan menerima Anugerah Canselor. Yang menjadi lebih menarik lagi ialah Leena Suparman adalah merupakan Pensyarah Perakaunan di Universiti tersebut dan anak Yus merupakan anak didik kesayangannya.
‘ Aku akan hadir awal di Majlis Konvokesyen anak aku nanti. Yang pastinya aku juga ingin melihat wajah Leena Suparman. Tahi lalat dibibir tak ubah seperti Seniwati Latifah Omar tentunya masih kekal menghiasi wajah ‘. Yus berkata kepada ku dengan penuh semangat. Ternyata Yus terlalu ceria.
Begitulah indahnya kehidupan yang disusunatur oleh Allah Subhanahuwataala.
Oleh : Al Azrul Zakuan.

KUMBANG.
Bilik 120...
Tok! Tok!
Aiman mengetuk pintu bilik. Seorang lelaki berbangsa Cina menguak pintu dari dalam. Bruce nama dia.
"Engkau sudah siapkan assignment EMT?" tanya Aiman.
“Sudah. Semalam sudah siap. You mahu copy paste? No problem!” Bruce tersengih.
Aiman menggeleng, turut tersengih. “Aku datang ke universiti untuk belajar ilmu, bukan belajar copy paste.”
“Habis itu, you mahu apa?”
“Aku mahu lihat cara engkau selesaikan soalan nombor 3. Boleh?”
“Boleh, boleh. Masuklah....” Bruce berjalan ke mejanya. Aiman melangkah masuk ke dalam bilik. Bersepah. Sangkar kucing lebih kemas.
“Nah!” Bruce menghulurkan assignment yang sudah siap dicetak. Kemas hasil kerjanya, berlawanan daripada keadaan biliknya.
Aiman mencapai dan meneliti assignment itu. Lama dia merenung tajam salah satu halaman. Sesekali jemarinya bergerak-gerak. “Oh, begitu rupanya! Aku sudah faham! Terima kasih, terima kasih!” Dia memulangkan assignment itu kepada pemiliknya.
Sebelum Aiman sempat melangkah ke pintu, Bruce berbisik, “Hei, I barudownload cerita bagus! Mahu tengok?” Pelajar Cina itu tersenyum. Nakal sekali.
Aiman segera faham. “Tidak mengapalah. Aku tidak boleh tonton benda-benda begitu. Engkau tengoklah sendiri.”
“Cerita itu banyak syok! Tidak rugi punya. Pergilah tengok di PC I. Jangan risau, I rahsiakan daripada orang lain.” Bruce cuba menghasut.
“Engkau boleh rahsiakan daripada Tuhan aku?” tanya Aiman. Serius bercampur seloroh. Senyumannya mengusik.
Bruce terdiam seketika. Buntu. Kemudian dia menghembus nafas lemah. “Okey, okey! I tahulah agama you tidak benarkan you tengok benda-benda begitu. Cuma, I tidak faham satu benda.”
“Apa dia?”
“Mengapa you begitu takut kepada Tuhan you, even though you langsung tidak nampak Dia. I tidak faham. Mungkin I tidak akan faham.” Kerutan tercetak pada dahi Bruce. Jelas dia tidak berniat menyinggung. Sekadar bertanya.
Aiman diam tetapi senyum. Manis sekali. “Aku nampak ada kumbang masuk bilik engkau tadi.”
Terus mata Bruce jadi bulat. Mulutnya terlopong. “Ku-Kumbang apa? Jangan main-main! You pun tahu I fobia serangga!”
“It’s up to you. Terima kasih atas bantuan tadi.” Aiman beredar dengan wajah senyum. Berlawanan daripada raut wajah Bruce yang ketara takut bercampur risau.
Bilik 124....
Tok! Tok! Tok!
Aiman bergegas ke pintu. Bruce sedang berdiri di luar biliknya. Pucat lesi.
“Ada apa?” tanya Aiman. Tenang.
“Help me, please....”
“Apa yang boleh aku tolong?” tanya Aiman lagi.
Bruce menarik nafas panjang. “I tidak senang hati. Selepas you kata ada kumbang di bilik I, terus I cuba cari. Mahu halau. Tetapi tidak jumpa. I tidak boleh buat apa-apa....” Suaranya sedikit serak.
Aiman mengangguk. “Biar aku tolong cari....”
Bilik 120....
Aiman berdiri di atas kerusi. Perlahan-lahan tangannya merapati seekor kumbang sebesar guli di atas locker besi. Dua jarinya berjaya mengepit tubuh kumbang hidup itu. Segera dia ke tingkap dan melempar kumbang itu keluar.
Dengan pantas, Bruce menutup tingkap rapat-rapat. Dia tidak mahu kumbang itu masuk semula ke dalam biliknya.
“Thank you so much,” ucap Bruce dengan bibir yang sudah kurang pucat.
“Tiada apa-apa.” Aiman tersenyum. Jeda. Dia bersuara lagi, “Apa perasaan engkau semasa kumbang ini ada di dalam bilik?”
Bruce diam seketika. “I rasa tidak senang hati. You kata ada kumbang masuk bilik I, tetapi I tidak jumpa kumbang itu. So, I rasa seperti kumbang itu ada di mana-mana. Seolah-lah ia merayap di bawah meja, kipas siling, bawah selimut, dalam baju.... Takut!”
Senyuman Aiman melebar. “Sama juga seperti aku. Aku tidak nampak Tuhan aku, tetapi aku tahu Dia ada, membuatkan aku rasa Dia ada di mana-mana. Aku rasa Dia ada di sebelah aku setiap masa. Sekiranya aku tonton cerita yang bukan-bukan, aku tonton bersama Dia sebenarnya. Sama juga apabila aku buat kesalahan yang lain. Jadi, bila masa aku boleh buat dosa tanpa rasa malu dan takut?”
Kelu lidah Bruce. Dia sudah faham.
Oleh : Nazrysalam.blogspot.com.